Thursday 9 August 2012

tersedar dari lamunan...

assalamualaikum...

sebenarnya nak share something. something yg buat diri ini realized. tersedar dari lamunan. nasib baik x menjangkau angan-angan kosong. angan-angan mat jenin. hehe

aku baca post ni dekat fatin liyana punya blog. =)

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.




reality kehidupan sekarang. betul kan?..

kahwin awal memang dah jadi trend dah sekarang kan?
sampai aku pun memang mengidam nak kahwin jugak walau usia baru bo bo mate ahaha^^,

"pernikahan bukan satu percubaan"..kena betul-betul, 100% ready baru boleh nak jalani hidup berpasangan kan?..
daripada hidup single-mingle and at last berpasangan. memang kena pikul satu tanggungjawab yang berat. 
and sebab tulah,kalau nak kahwin kena pikir betul2 kan.?
kena matang,kena kenal erti kehidupan dulu. sebab kahwin ni bukan untuk sehari dua, tapi untuk selama-lamanya di sisi Allah. 

enrty atas tu memang kena dgn jiwa remaja sekarang include aku. huhu
kahwin bukan main-main ok. bukan macam main kahwin-kahwin time budak-budak ribena dulu.
tapi kalau dah sesetengah orang(cnth mcm pucuk-pucuk muda lagi,still study-mudy lagi) dah rasa diri boleh pikul tanggungjawab selepas kahwin, go on je la kan. 

for 2 org classmates yg akan mendirikan masjid bulan syawal nanti, hopefully your marriage become so barakallah di sisi Allah swt..amin:)..

mood: hepy sbb kawan sama umo nak kahwin..insyaAllah kalu xde aral melintang nak pegi tgk diorg kawin.


__stay tuned__

No comments:

Post a Comment